Novak Djokovic dan Roger Federer kekal di landasan untuk bertemu dalam suku akhir Terbuka AS selepas undian aksi perseorangan lelaki dikeluarkan, semalam.
Gandingan itu bertemu dalam aksi final Terbuka Cincinnati, Ahad lalu, aksi pertama mereka selepas dua setengah tahun menyaksikan Djokovic meraih kemenangan, sekali gus menjadi pemain pertama untuk menjulang kesemua sembilan gelaran Masters 1000.
Pemenang lima kali, Federer, yang merupakan pilihan kedua turut memiliki sasaran untuk menjadi pemain paling berjaya di Flushing Meadows, rekod yang kini masih dipegang oleh Jimmy Connors dan Pete Sampras.
Pemain kelahiran Switzerland itu akan berdepan Yoshihito Nishioka dan berkemungkinan bertemu Nick Kyrgios dalam pusingan ketiga, manakala pilihan keenam, Djokovic, bakal membuka saingan berdepan Marton Fucsovics.
Pilihan utama dan juara bertahan, Rafael Nadal, akan memulakan saingan berdepan rakan senegara, David Ferrer.