Novak Djokovic mengatasi kecederaan bahu untuk menewaskan Ignacio Londero dalam pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York, awal pagi tadi.
Pemain nombor satu dunia dan juara bertahan itu terpaksa menerima rawatan di bahu kirinya ketika meraih kemenangan 6-4, 7-6, 6-1 di Stadium Arthur Ashe.
Djokovic ketinggalan dalam dua set pertama sebelum membuktikan betapa dirinya terlalu bagus untuk ditewaskan Londero bagi mengekalkan rekodnya di Flushing Meadows selaku pemain yang tidak pernah tersingkir sebelum pusingan ketiga.
Juara 16 kali kejohanan grand slam itu akan bertemu sama ada Dusan Lajovic atau Denis Kudla dalam pusingan berikutnya.
Londero menyaingi Djokovic dalam set pertama, terutama dalam hantaran ke garisan belakang sebelum melakukan kejutan apabila meraih mata dalam game kelima selepas lawan daripada Russia itu melakukan pukulan balas yang tersasar.
Bagaimanapun, dia gagal mengekalkan rentak itu apabila Djokjovic -- yang terganggu dengan kecederaan bahu -- kembali menyamakan kedudukan selepas meraih mata break keenam.
Djokovic menjalani rawatan di tepi gelanggang ketika mendahului 4-3 sebelum memenangi set pembukaan dengan memaparkan pertahanan gemilang yang memaksa Londero melakukan pukulan terus yang sangkut di jaring dalam game ke-10.
Kesilapan servis berganda Djokovic memberikan mata pertama buat Londero dalam set kedua sebelum dia mendahului 3-0.
Namun, Djokovic bangkit sekali lagi untuk memenangi lima game berturut-turut sebelum mengungguli penentuan 'tie-break' bagi memenangi set tersebut.
Kedua-dua pemain meraih satu mata dalam set ketiga sebelum Djokovic meneruskan rentak tekalnya untuk menamatkan perlawanan selama dua jam 15 minit itu dengan kemenangan.