Skip to main content

Tenis

Terbuka Cordoba: Delbonis, Verdasco tersingkir dalam pusingan pertama

fernando-verdasco.png
Pemain pilihan kelima, Federico Delbonis, tersingkir dalam pusingan pertama Kejohanan Tenis Terbuka Cordoba selepas tewas mengejut kepada Carlos Taberner hari ini.

Pemain Argentina berusia 31 tahun itu, yang kini berada di rangking ke-41 dunia, tewas 4-6, 2-6 kepada lawan nombor 111 dunia dari Sepanyol berkenaan.

Dalam pada itu, bekas pemain dalam kelompok ranking 10 terbaik dunia, Fernando Verdasco, turut tersingkir awal selepas tewas kepada wakil Argentina, Sebastian Baez, 6-7, 5-7.

Pemain berusia 38 tahun dari Sepanyol itu terkeluar daripada kelompok 100 pemain teratas tahun lalu -- buat kali pertama sejak 2004 -- gara-gara kecederaan kaki jangka panjang dan jangkitan COVID-19 menjelang Terbuka Perancis.

Baez seterusnya akan berdepan pilihan ketiga, Cristian Garin, dalam pusingan kedua manakala Taberner pula akan menghadapi Alejandro Tabilo, yang menyingkirkan Francisco Cerundolo 6-4, 6-1.
 

Advertisement

Must Watch Video