Skip to main content

Tenis

Terbuka Cordoba: Baez tewaskan Garin untuk ke suku akhir buat kali pertama

sebastian-baez.jpg
Sebastian Baez meengejutkan pemain nombor 18 dunia, Cristian Garin, dalam aksi toga set untuk menempa laluan ke suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Cordoba -- pencapaian terbaik sepanjang kariernya dalam Jelajah ATP.

Baez mencuri kemenangan satu set ketika tewas kepada Stefanos Tistsipas -- lawan pertamanya dalam kelompok 10 teratas dunia -- dalam Terbuka Australia dan dia sekali lagi mencuri tumpuan di Argentina.

Pemain berusia 21 tahun itu mempamerkan kebangkitan menakjubkan selepas tewas set pertama kepada pemain pilihan ketiga, Garin, yang menjuarai Terbuka Cordoba edisi 2020.

Dia bangkit dengan penuh bergaya untuk mencatatkan kemenangan 4-6, 6-1, 6-1 yang mungkin menjadi keputusan terbaik sepanjang kariernya.

Baez seterusnya akan bertemu Alejandro Tabilo bagi perebutan ke separuh akhir petang esok.

 

Advertisement

Must Watch Video