Pilihan utama Terbuka Bronx, Wang Qiang, melangkah ke suku akhir selepas merakamkan kemenangan straight-set ke atas Fiona Ferro.
Wang, yang diberikan laluan percuma dalam pusingan pertama, menjalani persiapan menghadapi Terbuka AmerikaSyarikat (AS) dengan penuh bergaya apabila meraih kemenangan 6-1, 6-4 dalam tempoh 68 minit semalam.
Pemain berusia 27 tahun itu, yang meraih enam mata break ke atas pemain di ranking ke-72 dunia itu, kini dalam buruan menjulang gelaran Jejalah WTA yang ketiganya.
"Saya cuba untuk membentuk keyakinan dalam kejohanan ini," katanya.
"Bagi saya, ia merupakan persiapan menghadapi Terbuka AS, jadi saya mahu melakukan yang terbaik di sini."

Wang bakal berdepan Anna Blinkova selepas berjaya mengatasi Mihaela Buzarnescu 1-6, 6-3, 6-3.Wang Qiang moves onto the quarterfinals of the @NYJTL Bronx Open!
— WTA (@WTA) August 21, 2019
She wins her first match of the tournament over Ferro, 6-1, 6-4 ? pic.twitter.com/fLxk6OrKAz