Skip to main content

Tenis

Terbuka Bogota: Anisimova, Sharma ke separuh akhir

amandaanisimova.jpg
Pemain muda dan pilihan keenam kejohanan, Amanda Anisimova, melangkah ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Bogota di Colombia manakala Astra Sharma dijadualkan untuk berdepan bekas juara, Lara Arruabarrena.

Pemain kelahiran Amerika Syarikat, Anisimova, mengungguli perhitungan di antara pemain berusia 17 tahun ketika dia menidakkan pemain 'wildcard', Maria Camila Osorio Serrano, 6-2, 1-6, 6-3 semalam.

Pemain nombor 438 dunia, Osorio Serrano, berjaya melakar kebangkitan dalam set kedua, namun Anisimova memastikan kemaraan ke separuh akhir menerusi 32 kemenangan dalam set berikutnya untuk menamatkan aksi dua jam di gelanggang tanah liat di Colombia itu.

Menanti Anisimova dalam separuh akhir adalah pemain Brazil, Beatriz Haddad Maia, yang menewaskan pilihan ketujuh kejohanan, Sara Sorribes Tormo, 6-7, 6-2, 6-3.

"Saya telah beraksi sebaik mungkin di sini dan saya akan terus melakukannya.

"Kita akan lihat apa yang akan berlaku nanti," kata Anisimova.

Sementara itu, pemain Australia, Sharma, melangkah ke separuh akhir pertama kejohanan Persatuan Tenis Wanita (WTA) selepas menewaskan bekas pemain nombor lima dunia, Sara Errani, 6-1, 7-5.

Menanti Sharma dalam separuh akhir ialah bekas juara edisi 2012, Arruabarrena, yang menewaskan pemain pilihan kelima, Tamara Zidansek, 6-4, 6-2.
 

Advertisement

Must Watch Video