Bintang muda Amerika Syarikat, Amanda Anisimova, meraih kejuaraan Kejohanan Jelajah Persatuan Tenis Wanita (WTA) pertamanya selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pemain bukan pilihan, Astra Sharma, dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Bogota di Colombia, awal pagi tadi.
Anisimova, 17, mengejar daripada ketinggalan satu set sebelum meraih kemenangan 4-6, 6-4, 6-1.
Kejayaan Sharma ke final Kejohanan Antarabangsa WTA itu menjadi buah mulut sebelum ini dan dia memberikan ancaman untuk melengkapkan minggu ini dengan bergaya.
Pemain nombor 138 dunia itu menguasai set pertama dengan lima mata berturut sebelum hampir memastikan kejuaraan selepas mendahului dalam set berikutnya.
Bagaimanapun, pilihan keenam kejohanan, Anisimova, yang menghadapi tiga perlawanan panjang menjelang aksi final itu, memaparkan semangat juang luar biasa.
Perlawanan kembali seimbang selepas kesilapan Sharma dimanfaatkan pemain remaja itu untuk memenangi set kedua.
Anisimova kemudian memaparkan penguasaan penuh dalam set penentuan, bermula dengan mendahului 3-0 sebelum memastikan kejuaraan dengan jurang kemenangan besar.