Ashleigh Barty melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan Lauren Davis di New York, awal pagi tadi.
Juara Terbuka Perancis itu, yang juga pilihan kedua kejohanan, terpaksa mengerah keringat sebelum meraih kemenangan 6-2, 7-6 di Flushing Meadows.
Dia bangkit daripada ketinggalan 2-4 dalam set kedua sebelum memenangi 'tie-break' untuk bertemu sama ada Maria Sakkari atau Peng Shuai dalam pusingan berikutnya.
Penonton di Stadium Louis Armstrong disajikan dengan aksi menarik daripada kedua-dua pemain dengan rally di garisa belakang mencetuskan cemas dan menggerunkan.
Davis kembali merapatkan kedudukan selepas ketinggalan 0-2, namun pemain tuan rumah itu -- dengan balutan di kaki kirinya -- gagal meraih mata break dalam game keempat sebelum ketinggalan 1-4.
Barty menamatkan set berkenaan dalam tempoh 47 minit apabila Davis -- yang hanya melakukan lebih satu unforced error berbanding lawannya itu -- hanya meraih tiga kemenangan berbanding Barty (13).
Davis enggan berputus asa dalam set berikutnya dengan pemain berusia 25 tahun itu memaparkan aksi agresif sebelum mendahului 4-2.
Barty meneruskan tekanan di garisan belakang dalam game keenam di mana dia menemui jaring sebanyak tiga kali -- mensia-siakan dua mata break.
Davis mengekalkan rentak terbaiknya dalam set berkenaan, namun melakukan servis yang tersangkut di jaring pada kedudukan 5-4 sebelum Barty meraih kemenangan dalam empat daripada enam game untuk mengheret permainan ke penentuan 'tie-break'.
Bagaimanapun, ia jelas terlalu sukar buat Davis, yang tidak dapat mengekalkan rentaknya dalam penentuan berkenaan.