Skip to main content

Sukan Lain

Terbuka Australia: Wee Wern raih kejuaraan ketiga

wee.jpg
Pemain skuasy wanita negara, Low Wee Wern, menerima tonik berharga menjelang saingan Sukan Asia Indonesia apabila merangkul gelaran ketiga berturut-turutnya dalam siri Jelajah Skuasy PSA susulan kejayaan mengungguli Terbuka Australia di Melbourne, hari ini.

Sejak kembali ke arena kompetitif setelah berehat panjang hampir 20 bulan akibat masalah kecederaan lutut sehingga memaksanya melalui beberapa pembedahan, Wee Wern tampil cemerlang apabila memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia dan Terbuka Tasmania, bulan lalu.

Prestasi hebat itu diteruskan hari ini apabila dia mengatasi cabaran wakil Mesir yang berada di ranking ke-69 dunia, Hana Ramadan,  11-6, 11-9, 10-12, 11-6.

Kemenangan itu sudah pasti memberi motivasi terbaik buat Wee Wern sebelum berdepan saingan Sukan Asia yang bermula pertengahan bulan ini. 

Kedudukannya dalam ranking dunia juga dijangka terus meningkat selepas naik dari posisi 184 ke tempat ke-70 bulan lalu susulan kejayaan dinamakan selaku Pemain Terbaik Bulanan PSA, bulan lalu.

Advertisement

Must Watch Video