Dominic Thiem berharap untuk mencari keseimbangan di antara serangan dan bertahan ketika berdepan Novak Djokovic dalam aksi final Terbuka Australia esok.
Thiem menempah slot ke final grand slam ketiganya dan yang pertama di Melbourne dengan mengatasi Alexander Zverev 3-6, 6-4, 7-6 (7-3), 7-6 (7-4) di Rod Laver Arena semalam.
Wakil Austria itu bakal berdepan juara tujuh kali, Djokovic, dalam aksi final dan melangkah ke pertembungan yang dimenanginya empat kali daripada lima pertemuan ke atas pemain kelahiran Serbia itu.
Thiem berkata mengawal rentak adalah kunci berdepan Djokovic, yang bermain buat kali kelapan dalam aksi final Terbuka Australia.
"Saya berasakan perlu mendapatkan keseimbangan dan semestinya saya perlu mengambil risiko," katanya.
"Tetapi dia adalah pilihan perlawanan ini, dia telah memenangi tujuh gelaran di sini. Tidak pernah tewas dalam aksi final dan mengejar gelaran yang kelapan. Saya berasa baik beraksi di gelanggang, bermain dengan baik."
Naib juara dua kali Terbuka Perancis itu mempamerkan kejutan apabila melangkah ke final di Melbourne selepas gagal dalam pusingan keempat edisi terdahulu.
Dilihat sebagai ancaman yang lebih berbahaya di atas gelanggang tanah liat, Thiem berkata memenangi Masters Indian Wells tahun lalu melonjakkan keyakinannya.
"Pertama sekali, Indian Wells, kemenangan itu memberikan kelegaan kepada saya dan keyakinan kerana akhirnya dapat meraih gelaran Masters 1000 di atas gelanggang keras.
"Di Indian Wells, ia hampir sama dengan gelanggang tanah liat. Ia merupakan perlawanan sempurna buat saya.
"Saya cuba bermain dengan lebih agresif di atas gelanggang keras, memulakan servis dengan baik. Ia memberikan keyakinan yang baik buat tahun ini.
"Saya memberitahu kepada diri sendiri, 'Jika saya berjaya melangkah ke final dalam ATP Akhir di London, mengapa tidak dalam saingan grand slam di permukaan keras?' Sejak itu saya mula menemui cara serta jalan untuk beraksi di gelanggang ini."
Editor: Ammar Hakim