Juara Kejohanan Tenis Terbuka Australia, Novak Djokovic, dan naib juara, Dominic Thiem, menyuarakan pendapat mereka selepas menamatkan final sengit di Melbourne Park hari ini dengan jaguh Serbia itu mengharapkan perpaduan daripada semua pihak selepas berlakunya beberapa kejadian tragis pada permulaan tahun 2020.
Djokovic bangkit daripada kekalahan dua set untuk menjuarai penentuan di Arena Rod Laver itu dengan kemenangan 6-4, 4-6, 2-6, 6-3, 6-4 yang turut menyaksikan dia melebarkan rekodnya kepada lapan kejuaraan dalam Terbuka Australia sambil menafikan gelaran grand slam pertama Thiem.
Dalam ucapan di dalam gelanggang selepas tamat perlawanan itu, kedua-dua pemain berkenaan lebih memilih untuk berbicara mengenai perkara di luar gelanggang, dengan Djokovic turut mengambil kebakaran hutan di Australia dan kematian legenda NBA, Kobe Bryant, yang dianggap sebagai teman dan mentornya, sebagai contoh.
Selepas Thiem berbicara mengenai bencana yang menimpa Australia itu, Djokovic berkata: "Seperti yang Dominic katakan, terdapat beberapa bencana yang berlaku pada permulaan 2020 dengan kebakaran hutan terbesar di Australia, konflik di antara beberapa negara di dunia, dan kematian yang berlaku setiap hari.
"Seorang yang saya anggap sebagai teman rapat dan mentor dalam hidup saya, Kobe Bryant, turut meninggal dunia bersama anak perempuannya.
"Saya fikir saya mahu katakan bahawa ini semua adalah satu peringatan supaya kita bersatu dengan lebih kuat berbanding sebelumnya, berada bersama keluarga, sentiasa berada dengan mereka yang menyayangi anda, yang mengasihi anda.
"Sudah pasti kita adalah sebahagian daripada sukan profesional, kita bersaing, kita mencuba yang terbaik tetapi amat jelas, terdapat perkara yang lebih penting dalam hidup ini dan amat penting untuk memiliki kesedaran dan sikap rendah diri mengenai segala yang berlaku di sekeliling anda," katanya.
Djokovic dan Theim saling memberikan ucapan tahniah sesama mereka, dengan juara itu berkata kepada lawannya: "Ia bukan harinya malam ini, anda tidak bernasib baik dan ia perlawanan yang sukar.
"Tetapi anda sudah amat hampir untuk memenanginya dan anda sudah pasti memiliki tempoh yang lebih panjang dalam karier anda dan saya pasti, anda akan memiliki salah satu daripada trofi grand slam dan terus mendapatkannya."
Thiem turut menghamburkan pujian kepada lawannya itu dengan berasa kagum terhadap dominasi yang dipamerkan Djokovic, Roger Federer dan Rafael Nadal, yang telah membawa sukan tenis lelaki ke satu tahap yang berbeza.
Dia menambah: "Saya amat berbangga kerana dapat bersaing kali ini dan dalam suasana tenis ketika ini.
"Saya berasa agak ketinggalan hari ini tetapi harap-harap dapat membalasnya satu hari nanti."
Editor: Muzaffar Musa