Simona Halep percaya dia lebih bersedia secara mental untuk menamatkan penantian gelaran Grand Slam sulungnya dalam Terbuka Australia selepas dikecewakan di Roland Garros tahun lalu.
Pemain nombor satu dunia itu merakamkan kemenangan selepas berhempas-pulas menumbangkan juara 2016, Angelique Kerber, 6-3 4-6 9-7 dalam pertemuan separuh akhir di Rod Laver Arena, semalam.
Ia merupakan kali ketiga Halep layak ke final yang menyaksikan pemain Romania itu dua kali muncul naib juara dalam Terbuka Perancis -- termasuk kekalahan mengejut kepada Jelena Ostapenk dalam edisi lalu.
Bagaimanapun, menjelang perlawanan akhir dengan Caroline Wozniacki esok, Halep menganggap dia kini adalah pemain yang berbeza berbanding ketika dikecewakan di Paris.
"Saya lebih berpengalaman, mental juga lebih kuat dan cara saya bermain berubah. Ia berbeza," katanya dalam sidang akhbar.
"Saya lebih agresif, saya meraih mata dalam 50 pukulan, lapan servis, jadi anda boleh membayangkannya. Jurulatih memberitahu saya adalah pemain berbeza dan saya berharap untuk mengekalkan mentaliti ini esok.
"Ia agak baik, begitu juga keyakinan, semakin meningkat dan hasilnya tidak lagi penting," katanya.
Halep diangkat selaku pemain nombor satu dunia musim lalu, namun pencapaian itu akan menjadi hambar berikutan kegagalannya memenangi gelaran Grand Slam selepas beberapa kali menghampiri kejayaan.
"Secara jujurnya, pencapaian ini akan menjadi lebih besar daripada gelaran nombor satu dunia. Ia juga merupakan impian saya untuk memenangi Grand Slam," katanya lagi.
"Tetapi, setiap kali saya hampir melakukannya, ia sentiasa sukar. Ini peluang kedua saya dan yang terakhir adalah sangat dekat, mungkin esok saya akan menjadi lebih baik."
Rekod pertemuan kedua-dua pemain memihak Wozniacki dengan tiga kemenangan terakhir, namun pemain berusia 26 tahun itu menegaskan bahawa keputusan pertemuan lalu tidak mustahak.
"Cara dia bermain tidak berbeza. Dia berlari dengan baik, oleh itu dia adalah lawan yang kuat," katanya.
"Saya pernah bertemu dengannya beberapa kali, saya menang ke atasnya beberapa kali. Ia akan menjadi perlawanan yang berbeza, perlawanan baru yang sukar.
"Saya bersemangat untuk beraksi. Tekanan wujud di kedua-dua belah pihak, kita akan lihat apa yang akan berlaku," katanya lagi.