Kejayaan luar biasa kem tenpin boling negara dalam kejohanan Tenpin Boling Asia di Bangkok, Thailand, dibalas dengan durian runtuh daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menzahirkan sekalung penghargaan setiap pemain.

Di sebalik kejayaan manis itu, tumpuan semestinya terarah kepada Sin Li Jane dengan kejayaan membawa pulang tiga pingat emas serta Rafiq Ismail yang meraih empat pingat emas.

"Majlis Sukan Negara (MSN) seperti biasa ada menyediakan insentif kemenangan terhadap setiap atlet sebanyak RM457,700," kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Dengan kredibiliti luar biasa yang dipamerkan, Rafiq sentiasa mengingatkan dirinya agar tidak besar kepala dan sentiasa konsisten dalam setiap kejohanan yang disertainya.

"Saya rasa perkara pertama ialah saya tidak boleh besar kepala selain rakan-rakan juga banyak membantu supaya tidak terlalu selesa ketika mempamerkan kelebihan," katanya.

Sementara itu, Sin Li Jane pula menganggap kejayaan kali ini hanya permulaan dan ingin menggondol banyak lagi kejayaan selepas ini, lebih-lebih lagi muncul sebagai pemain Asia pertama menerima anugerah 'Professional Women's Bowling Association Tour'.