HOKI
Tenis Wimbledon: Pencerobohan gelanggang, Katie Boulter seru aspek keselamatan
Katie Boulter menjangka penganjur Kejohanan Wimbledon akan meningkatkan tahap keselamatan selepas perlawanan pusingan pertamanya ketika berdepan Daria Saville awal pagi tadi dicemari protes 'Just Stop Oil'.
Pemain nombor satu Britain itu berada di Gelanggang 18 apabila seorang aktivis berlari dan membaling konfeti oren dan kepingan susun suai gambar -- hanya dua jam selepas dua orang melakukan perkara yang sama.
Ia datang pada detik yang sukar buatnya apabila ketinggalan 2-4 dalam tie-break set pertama tetapi selepas membantu operasi pembersihan di gelanggang, Boulter mengutip sembilan mata pertama sebaik pertarungan bersambung untuk meraih kemenangan 7-6 (4), 6-2.
Iklan
Dia mengaku "terkejut" dengan apa yang berlaku, tetapi berpendapat kejohanan itu akan bertindak balas dengan sewajarnya.
Ditanya sama ada dia berasa khuatir, pemain berusia 26 tahun itu menjawab: “Sudah tentu, anda tidak dapat ramalkan apakah yang akan terjadi. Saya rasa saya hanya dengar laungan orang ramai sebelum saya dapat melihat apa-apa.
“Kemudian barulah saya sedar kerana saya pernah melihatnya dalam aksi sebelum ini.

"Ia jelas sedikit mengejutkan sistem keselamatan. Saya rasa kami telah menanganinya dengan baik. Semua orang berasa kesal.
"Saya tidak akan mengatakan bahawa saya berasa dalam bahaya. Saya agak jauh daripadanya. Saya berjalan di seberang.
“Saya cukup pasti akan ada reaksi terhadap apa yang sedang berlaku dan keselamatan akan ditingkatnya di tempat tertentu atau apa sahaja yang perlu mereka lakukan untuk memastikan agar ia tidak berulang.
“Saya tidak bimbang mengenainya. Saya hanya akan fokus kepada diri sendiri. Saya akan terus bermain tenis. Di situlah saya akan berada."
Must-Watch Video