Pilihan kedua, Hubert Hurkacz, bergelut dengan kecederaan dalam pusingan kedua Terbuka Citi untuk kekalahan straight set kepada Emil Ruusuvuori di Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi.
Ruusuvuori selaku pemain tenis nombor 46 dunia menang 6-4, 7-6, (7-3) dalam tempoh sejam 43 minit bagi menempah tempat ke suku akhir.
Hurkacz, yang berada di ranking ke-11 dunia dan mara ke separuh akhir Wimbledon tahun lalu, berhempas-pulas tetapi gagal memanfaatkan empat breakpoint sepanjang perlawanan.
“Dia mendapat breakpoint awal tetapi saya masih mampu mengekalkan servis dan mencipta peluang untuk mematahkannya. Saya mengambil kesempatan itu, kemudian cuba mengekalkan servis sendiri,” kata Ruusuvuori.
"Saya cuba mengekalkan rentak dan beraksi sekental yang boleh."
Naib juara Kejohanan Wimbledon, Nick Kyrgios, pula menewaskan pilihan ke-14, Tommy Paul, 6-3, 6-4 dalam masa sejam 25 minit.

Bringing the electricity to the court every time ⚡️⚡️@NickKyrgios battles past Tommy Paul 6-3, 6-4 into the third round ?#CitiOpen pic.twitter.com/esIlqMohGb
— Citi Open (@CitiOpen) August 4, 2022