Skip to main content

Tenis

Tenis Terbuka Citi: Fizikal Andy Murray bergelut tampung rentak permainan

murray.png
Bekas pemain tenis nombor satu dunia, Andy Murray, kecewa dengan kemerosotan fizikalnya dalam pusingan pertama Terbuka Citi apabila disingkirkan Mikael Ymer 7-6 (10-8), 4-6, 6-1 sebentar tadi. 

Pemenang tiga gelaran Grand Slam itu gagal menyempurnakan empat  peluang mata akhir dalam set pertama yang menyaksikan pemain Sweden tersebut menang dalam masa dua jam 50 minit.

Perlawanan itu penuh dengan perubahan momentum yang menyaksikan pemain berusia 35 tahun berkenaan memanfaatkan masalah fizikal Ymer sendiri yang mengalami kekejangan dalam set kedua bagi menyamakan kedudukan selepas memenangi lima daripada enam game terakhir set tersebut.
  Begitupun, seterunya yang berusia 23 tahun kembali tenang menuju kemenangan set ketiga bagi melengkapkan senarai 37 pemenang peringkat itu di Amerika Syarikat (AS), lantas Murray diselubungi rasa kecewa.

"Ia jelas mengecewakan," katanya kepada pemberita. 




"Saya fikir mempamerkan permainan yang bagus dalam set pertama. Selepas itu kami berdua bergelut secara fizikal. Kualiti permainan tidak begitu memberangsangkan. 

"Jelas sekali saya mempunyai peluang untuk memenangi set pertama. Saya di kedudukan 6-5 tetapi tidak dapat menyudahkannya dalam tiga tie-break.

“Saya fikir pihak lawan mungkin mengalami sedikit kekejangan dalam set kedua tetapi pulih dengan baik selepas rehat di penghujung set kedua.

"Dia sempat berehat dan pulih dengan baik untuk set ketiga, tetapi saya tidak. 

"Ya, ia sesuatu yang menghampakan."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video