Skip to main content

Sukan Lain

Tenis Remaja ITF: Nasib berbeza pemain pilihan

tenis-160517.jpg
Hari pertama Kejohanan Tenis Remaja Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Gred 4 di Kuala Terengganu, hari ini, menyaksikan nasib berbeza dialami pemain-pemain pilihan kejohanan.

Pilihan ketiga dari Jepun, Ryoma Matsushita, mudah melepasi cabaran pemain negara, Koey Jian Keong, 6-1, 6-1 untuk melangkah ke pusingan kedua, esok.

Chen Yu Feng, pilihan keempat dari Taiwan juga mengesahkan tempat ke pusingan berikutnya selepas menang 6-1, 6-0 ke atas pemain Singapura, Timothy Lim.

Turut mara pilihan ketujuh dari Taiwan, Lin Han-Chih, yang menewaskan pemain Malaysia, Leroy Yong, 6-1, 6-0.

Bagaimanapun pemain pilihan kelima, Jonathan Zhang Zheng Qi dari Hong Kong dan pilihan keenam dari India, Karan Srivastava, dikejutkan lawan masing-masing.

Jonathan tunduk 4-6, 3-6 kepada pemain Taiwan, Yu Chieh Cheng, manakala Srivastava tewas kepada rakan senegara, Odeda Muhammad Arazza, 6-7(4), 1-6.

Turut tersingkir awal ialah pilihan kelapan, Noikor Nappadol, dari Thailand yang dikejutkan pemain bukan pilihan dari Jepun, Soma Yokoyama, 5-7, 2-6.

Menanti Yokoyama dalam pusingan kedua ialah pemain negara, Shamirul Shahril Mohd Adam Das, yang menyingkirkan wakil India, Krthan Musugunthan, 6-2, 6-1.

Cabaran negara diteruskan pemain pilihan ke-14, Darrshan Surresh, yang bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menang 3-6, 6-3, 6-4 ke atas pemain Great Britain, Retallick Liu Hui.

Dalam acara perseorangan wanita pula, pemain Russia, Anna Koltunova, akan berdepan pemain negara, Sara Nayar, dalam pusingan kedua selepas menundukkan pemain Jepun, Rinki Oyama, 6-2, 6-1.

Suhana Sofia Mohd Adam Das turut meneruskan kemaraan susulan kemenangan straight set 6-4, 6-2 ke atas pemain Jepun, Rina Miyanishi.

 

Advertisement

Must Watch Video