Skip to main content

Tenis

Tenis Internazionali d'Italia: Raducanu timba pengajaran berguna

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

raducanu.jpg
Emma Raducanu terpaksa menarik diri ketika perlawanan pusingan pertamanya dalam Kejohanan Tenis Internazionali d'Italia akibat kecederaan belakang. 

Pemain nombor 12 dunia itu ketinggalan 6-2, 2-1 dengan Bianca Andreescu dalam pertembungan yang dinanti-nantikan di antara dua juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu. 

Raducanu pada mulanya meninggalkan gelanggang untuk mendapatkan rawatan menjelang 'game' ketujuh set pembukaan sebelum melengkapkan empat game lagi.

Bercakap selepas keputusan berat itu yang hadir dua minggu sebelum Grand Slam Terbuka Perancis, Raducanu menjelaskan dia tidak mahu memburukkan lagi kecederaan yang dialaminya sejak Terbuka Madrid minggu lalu.


 


"Saya sangka mungkin selepas berehat sehari dua, kecederaan ringan yang saya alami ini akan sembuh," katanya.

"Kemudian saya tiba di sini dan saya berlatih, tetapi nampaknya ia tidak bertambah baik. Latihan saya terbatas. Saya tidak dapat bergerak bebas. 

"Saya hanya beraksi di mana saya tahu di mana bola datang, saya hanya mampu kekal di satu sudut. Saya fikir saya telah memandang rendah terhadap perkara yang tidak dapat diramalkan dalam perlawanan sepanjang kejohanan ini. 

"Saya benar-benar positif dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Saya banyak belajar tentang diri dan permainan sendiri malah bertambah baik di permukaan ini tetapi saya perlu memastikan benar-benar bersedia. 

"Saya hanya perlu terus berjuang. Saya tidak mahu menghadapi pertarungan seterusnya dengan perasaan terhad kerana saya fikir saya telah meraih pengajarannya pada minggu ini. 

"Saya perlu tahu bila perlu berikan yang terbaik dan tidak."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video