Penyerang skuad hoki negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, merupakan antara pemain senior yang melaporkan diri dalam sesi latihan pertama pasukan kebangsaan, sekali gus membuatkannya tetap menyarung jersi kebangsaan walaupun gagal meraih tiket automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Sesi latihan di Bukit Jalil semalam menyaksikan kelibat beberapa pemain senior yang pernah menyuarakan hasrat untuk mempertimbangkan persaraan selepas Malaysia tewas kepada Jepun dalam final Sukan Asia Indonesia, dua minggu lalu.
Selain Tengku Ahmad Tajuddin, pemain senior yang turut menjalani latihan adalah Muhammad Razie Abdul Rahim, S. Kumar dan Nabil Fiqri Mohd Noor.
Ia membuktikan komitmen mereka untuk terus mewakili negara, terutama menjelang kempen kelayakan Olimpik Tokyo bermula tahun depan.
"Saya rasa kami perlu meneruskan usaha selagi masih ada peluang. Jadi, kami harus tetapkan semangat untuk meneruskan perjuangan," ujarnya.
"Kami akan lalui situasi ini dan tiada pilihan. Perjalanan hoki di Malaysia perlu diteruskan. Apa yang perlu dilakukan adalah kembali bersatu," tambah penyerang kebangsaan, Firhan Ashaari.
Malaysia berdepan tugas sukar untuk layak menerusi siri hoki yang turut membabitkan gergasi dunia seperti Australia, Belanda, Belgium dan Jerman.
Skuad kendalian Stephen Van Huizen itu akan berlepas ke Australia pada Sabtu depan untuk menyertai Kejohanan Hoki Terbuka Antarabangsa Darwin yang turut membabitkan Argentina dan Jepun.