Chef-de-mission (CDM) kontinjen negara ke Sukan Asia Jakarta dan Palembang 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, kini turut mendapat kepercayaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, untuk dilantik sebagai Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN).
Azim menggantikan DatukMohamad Norza Zakaria yang meletak jawatan bagi memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Pelantikan Abdul Azim diumumkan Khairy hari ini, dengan beliau percaya percaya tokoh perniagaan berkenaan mampu melaksanakan dua tugasan penting itu.
"Azim juga merupakan pilihan yang terbaik. Saya ingin mengumumkan bahawa dia adalah pengerusi baru ISN bagi menggantikan Norza.
"Jadi, kami melihat gabungan Pengerusi ISN dan CDM Sukan Asia itu adalah sangat penting," katanya.
Keyakinan Khairy adalah berlandaskan pengalaman Abdul Azim dalam sektor korporat dan juga sebagai timbalan presiden, Persatuan Kriket Malaysia (MCA) sebelum ini.
"Dia sangat berpengalaman luas dan seorang ahli korporat. Kita perlu seseorang (berwibawa) untuk menerajui organisasi seperti ISN."