Skip to main content

Permotoran

Telatah Vettel selubungi Ferrari menjelang aksi di laman sendiri

raikkonen.jpg
Sebastian Vettel tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya kerana kedudukan petak hadapan dirampas rakan sepasukan di kem Ferrari, Kimi Raikkonen, menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Itali, malam ini. 

Vettel yakin dia telah berusaha untuk menduduki tempat teratas dalam sesi kelayakan selepas menewaskan Lewis Hamilton, hanya untuk menyaksikan Raikkonen meraih petak utama menerusi catatan terpantas dalam sejarah Formula Satu (F1). 

"Kita akan berbincang selepas ini," kata pelumba dari Jerman itu kepada pasukannya selepas keceriaannya direntap dengan perkhabaran bahawa dia sebenarnya meraih petak kedua. 

Bercakap dalam sidang berita selepas itu, Vettel menawarkan tindak balas tidak senang kepada soalan mengenai butir perbincangannya dengan Ferrari selepas sesi kelayakan.

"Jelas sekali saya tidak gembira tetapi saya tidak akan memberitahu anda mengapa," katanya.

Rasa tidak puas hati Vettel itu terus menyelubungi Ferrari pada hujung minggu ini setelah berdepan tekanan hebat untuk membuat penampilan di depan penyokong di laman sendiri.

Dengan kemungkinan berdepan masalah ketika mengharungi sesi kelayakan, petak kedua di belakang rakan sepasukan bukanlah berita yang tidak memberangsangkan.

Begitupun, Vettel yang sedang menghambat pendahulu kedudukan pemandu, Hamilton, bekas pemandu Red Bull itu berasakan dia layak mendapat sokongan penuh pasukannya.

Vettel, yang ketinggalan 17 mata dengan pelumba Mercedes tersebut jelas terkejut bahawa Raikkonen dibenarkan menafikannya untuk menduduki petak utama, turut dikecewakan kesilapannya sendiri.

"Sejujurnya, ia bukan pusingan yang kemas dan saya fikir pusingan lain sebenarnya lebih baik," katanya. "Saya berdepan masalah di merata-rata tempat.

"Ia bukan pusingan yang baik dan tidak cukup baik. Saya bernasib baik untuk mendapatkan petak kedua dan bukan ketiga tetapi ia tidak cukup baik."

Vettel, yang memenangi perlumbaan di Spa pada masa lalu, perlu mengatasi masalah jenteranya sekiranya dia berhasrat untuk membuat langkah seterusnya.

Kedudukan petak perlumbaan:

1. Kimi Raikkonen (Ferrari)
2. Sebastian Vettel (Ferrari)
3. Lewis Hamilton (Mercedes)
4. Valtteri Bottas (Mercedes)
5. Max Verstappen (Red Bull)
6. Romain Grosjean (Haas)
7. Carlos Sainz (Renault)
8. Esteban Ocon (Racing Point Force India)
9. Pierre Gasly (Toro Rosso)
10. Lance Stroll (Williams)

Advertisement

Must Watch Video