Penerjun negara, Chew Yiwei, akan melakukan terjunan darjah kesukaran 3.9 dakan Kejohanan Terjun Grand Prix (GP) FINA di Madrid, Sepanyol, Jumaat depan, dengan harapan teknik itu dapat membantunya untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Bukan semua penerjun mampu melakukan darjah kesukaran 3.9 dengan teknik 'double forward triple twist'.
Ia darjah kesukaran paling tinggi membabitkan penerjun skuad kebangsaan, sekali gus menawarkan mata penting dalam kejohanan antarabangsa.
Yiwei sudah mempelajari teknik itu sejak bulan lalu dan akan mengujinya di Madrid.
"Lapan penerjun terbaik dunia menggunakan teknik terjunan ini, jadi kedudukan saya dalam kelompok itu bergantung kepada teknik ini," ujarnya.
Beberapa penerjun handalan dunia seperti juara Sukan Olimpik, Chao Yuan dari China atau Jack Loughter (Great Britain), mahir dengan teknik ini.
Penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman, juga pernah menggunakan teknik ini dalam Sukan Olimpik Rio 2016 namun melakukan kesilapan sehingga gagal layak ke final.
Jika berjaya, Yiwei akan menggunakan teknik tersebut dalam Kejohanan Dunia di Gwangju, Korea Selatan, bulan depan untuk memburu kedudukan 12 penerjun terbaik untuk layak ke temasya Tokyo 2020.
"Amsyar merupakan penerjun berbakat dan atlet Malaysia pertama yang melakukannya.
"Ia bukan mudah kerana di Malaysia, hanya saya dan Amsyar pernah melakukannya.
"Saya harap berjaya melakukannya," katanya.