Skip to main content

Sukan Lain

Tekanan buat Aifa gagal atasi Jana

aifa.jpg
Impian pemain skuasy negara, Aifa Azman, untuk beraksi kali pertama di pentas akhir Kejohanan Remaja Dunia musnah selepas tewas kepada pemain pilhan kedua, Jana Shiha, dalam separuh akhir di Bukit Jalil, hari ini.

Situasi itu bermakna tiada wakil negara akan beraksi dalam final kejohanan itu setelah Aifa terpaksa akur dengan kehebatan lawannya 12-10, 12-14, 11-2, 14-16, 7-12.

Di peringkat awal, pemain berusia 18 tahun itu menunjukkan prestasi cemerlang dalam set pertama dengan kemenangan 12-10 sebelum lawannya dari Mesir itu bangkit menewaskannya dengan keputusan 14-12 dalam set kedua.

Aifa yang belum berputus asa dalam set ketiga menang mudah ke atas lawannya 11-2 sebelum Jana kembali mendapat rentak perlawanan untuk memenangi set seterusnya 16-14 dan 12-7.

"Terdapat banyak tekanan buat saya kerana mendahului 2-1. Saya sangkakan dapat menamatkan saingan dengan kemenangan tetapi malangnya saya tewas. Dalam set kelima, saya jauh ketinggalan tetapi lega dapat meraih tujuh mata," katanya.

Sementara itu, penolong jurulatih negara, Andrew Cross, mengakui peningkatan dipamerkan dalam prestasi skuad remaja kebangsaan musim ini.

Bagaimanapun, dia berharap barisan pemain wanita mampu mengubati luka dalam Kejohanan Berpasukan Dunia Wanita yang akan berlangsung di Bukit Jalil, Isnin ini.

"Kami mahu membina semula keyakinan. Ia satu ujian getir buat kami selepas melalui minggu yang mencabar," ujar Cross.
 

Advertisement

Must Watch Video