Skip to main content

Sukan Lain

Tedung Melancar No.9 tawan gelaran Raja Batang Baram

img_20170831_170355.png
Regata paling tua di Sarawak, Regata Baram melabuhkan tirainya baru-baru ini dengan pasukan Long Terawan/Mulu diisytihar juara keseluruhan.

Gelaran "Raja Batang Baram" pula dimenangi perahu 30 pengkayuh, "Tedung Melancar No.9" daripada pasukan yang sama, sekali gus mengulangi kejayaan yang pernah dirangkul pasukan itu pada tahun 2011.

Menurut pengurus pasukan, Steplus Jalong, 56 tahun, kejayaan ini lahir daripada kerjasama erat pasukan pengurusan dan pengkayuh, terutamanya  dalam menjalani latihan intensif selama tiga bulan.

"  Anggota pasukan kami terdiri daripada 150 pengkayuh,  yang terdiri daripada suku kaum Berawan.

" Mereka telah dilatih khas untuk perlumbaan ini dengan menggunakan sepuluh perahu lumba.

Kata Steplus, kemenangan gelaran "Raja Batang Baram" ini membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM3000 dan piala.

Tempat kedua disandang pasukan Mayang Sari daripada Kampung Pangkalan Lutong, Miri dan tempat ketiga, Nur Rahman 3, daripada Gabungan Awat Awat Lawas.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

" Selepas ini, kami akan mencabar dua lagi gelaran iaitu Regata Long Lama, juga di Baram dan Regata Sarawak, yang akan dilangsungkan di Tebingan Kuching," katanya.

Temasya kali ini menarik penyertaan 28 pasukan ini, menerusi penyertaan 68 buah perahu lumba, terutama bagi merebut gelaran Raja Batang Baram.

Turut serta dalam regata yang bermula pada tahun 1899 ini ialah pasukan lumba yang mewakili negara Brunei Darussalam.

Advertisement

Must Watch Video