Skip to main content

Sepak Takraw

Tawaran anjur Piala Asia lambang kredibiliti PSM di bawah era Sumali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psm.jpg
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan terus komited dalam meneruskan agenda 'tsunami sepak takraw negara' selepas membuktikan kewibawaan di bawah kepimpinan Datuk Sumali Reduan. 

Penganjuran Piala Dunia ISTAF 2024 yang merangkumi 21 pasukan itu telah membuka mata banyak pihak mengenai mutu penganjuran terbaiknya selain menyerlahkan potensi yang dimiliki pemain-pemain tempatan.

Dua minggu lalu, skuad regu kebangsaan mencipta sejarah di Stadium Titiwangsa dengan menamatkan penguasaan Thailand dalam acara double selain memberikan tentangan cukup sengit kepada lawan sama sebelum muncul naib juara acara berpasukan. 

Dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSM 2024 di Ibu Kota malam tadi, Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Megat Zulkarnain, percaya Sumali adalah individu tepat untuk memacu organisasi itu setelah berdepan kemelut dalaman. 

PSM secara dasarnya bersetuju dengan tawaran Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) untuk penganjuran edisi pertama Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia pada tahun depan, namun ia masih perlu diperhalusi sebelum memuktamadkan penganjurannya. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video