Skip to main content

Sukan SEA

Tarian: Skuad negara sasar emas selepas 12 tahun

sukan-sea-menari.jpg
Selepas 12 tahun tidak beraksi dalam Sukan SEA, skuad sukan tarian negara tetap mengintai pingat dalam Sukan SEA Filipina, bulan depan.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam dua kategori, iaitu latin dan standard, yang terbahagi kepada dua acara, solo dan berpasangan. 

"Seramai sembilan atlet akan mengambil bahagian dengan lapan daripadanya akan bersaing dalam acara berpasangan sementara seorang lagi menerusi acara solo. 

"Setiap kategori mempunyai latihan yang tersendiri," kata jurulatih, Chua Zjen Fong, di Shah Alam pagi tadi. 

Malaysia meraih pingat gangsa pada kali terakhir ia dipertandingkan dalam Sukan SEA Thailand 2007.

"Kalau boleh kami mahu meraih pingat dalam acara berpasangan yang merupakan kali pertama dipertandingkan manakala dalam acara solo, saya berharap kami dapat memenangi emas atau setidak-tidaknya perak. 

"Bagi kategori latin dan standard, kami menyasarkan tiga atau empat pingat."
 

Advertisement

Must Watch Video