Skip to main content

Sukan Asia

Takraw: Talib rehatkan barisan utama

talib.jpg
Menjelang perlawanan pertama peringkat kumpulan acara sepak takraw antara regu, jurulatih negara, Abdul Talib Ahmad, membayangkan akan menurunkan barisan simpanan bagi memberi laluan pemain utama untuk berehat.

Malaysia akan berhadapan dengan Nepal dalam aksi pembukaan Kumpulan B acara antara regu, hari ini.

Di atas kertas, Nepal bukanlah tandingan utama skuad negara, justeru Talib akan cuba memberi peluang gandingan simpanan untuk beraksi.

Ia ekoran jadual padat yang telah dikeluarkan, yang menyaksikan Malaysia akan beraksi dua perlawanan esok menentang India pada sebelah pagi dan kemudian Korea Selatan pada sebelah petang.

Pada Isnin pula, Malaysia akan menentang China dan perlawanan separuh akhir yang terus berlangsung pada sebelah petangnya.

"Jadual saingan kali ini sangat padat. Kami akan menilai perkembangan pemain yang lebih cergas untuk diturunkan," kata Talib.

Tiada jaminan bahawa Syahir Rosdi, Farhan Adam dan Azlan Alias akan dikekalkan sebagai regu utama memandangkan ada beberapa pemain lain yang sedang dalam prestasi terbaik.

Talib juga sudah bersedia untuk menggunakan khidmat Zulkifli Abd Razak sebagai tekong utama seandainya khidmat Syahir tidak dapat digunakan kerana masalah kecederaan.

"Kami berharap Syahir dapat pulih sepenuhnya. Kami meletakkan Zulkifli dalam keadaan berjaga-jaga untuk bertindak sebagai tekong utama."
 

Advertisement

Must Watch Video