Skip to main content

Sukan Asia

Takraw: Skuad negara perlu bangkit berdepan Jepun

sepak-takraw.jpg
Skuad sepak takraw wanita negara perlu segera bangkit daripada tersingkir awal dalam acara regu berpasukan setelah gagal mempamerkan aksi terbaik untuk menandingi Vietnam dalam aksi pembukaan Sukan Asia Indonesia, hari ini.

Saingan ternyata sengit dalam Kumpulan B memandangkan Malaysia sekumpulan dengan pemenang pingat perak Sukan Asia 2014, Myanmar, dan dua pemenang pingat gangsa, Vietnam serta tuan rumah, Indonesia, dan tidak dilupakan, Jepun.

Tewas 0-3 dalam perlawanan pembukaan bermakna laluan Malaysia selepas ini pastinya berliku dalam mencari slot ke saingan separuh akhir.

Antara kelemahan utama skuad Malaysia dalam perlawanan adalah faktor gugup sehingga ia mudah dieksplotasi pihak lawan untuk mencatat kemenangan.

"Saya nampak Malaysia terlalu menginginkan kemenangan, itu yang memakan diri," kata pemain negara, Nur Izzatul Hikmah Md Rosli.

Malaysia dijadualkan turun menentang Jepun esok dan skuad kendalian Mohd Fikri Mohd Nor tersebut perlu menang seandainya berhasrat untuk mencerahkan peluang beraksi di peringkat separuh akhir.

"Ini aksi pertama dan bukan penamat bagi kami memandangkan kami masih mempunyai baki tiga permainan lagi. 

"Kami nak menang. Tiada mana-mana pasukan pun yang sudah berasakan bahawa mereka sudah menang. 

"Kami perlu cuba," ujarnya lagi. 

Advertisement

Must Watch Video