Skip to main content

Sukan Asia

Takraw: Skuad kuadran wanita terlalu hormati lawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takraw-kuadran-wanita.jpg
Gara-gara terlalu menghormati lawan, skuad wanita negara gagal memberikan tentangan kepada Thailand dalam aksi pembuka tirai acara kuadran, hari ini.

Acara ini merupakan sasaran sebenar membutirkan pingat skuad wanita selepas kecewa dalam aksi regu berpasukan.

Memulakan pertemuan buat Malaysia adalah Nurul Izzatul Hikmah Md. Zulkifli dan Rahilah Harun sebagai perejam sementara tugas tekong digalas Siti Nor Suhaida Jafri dan apit kiri, Nor Farhana Ismail.

Meskipun jurang kualiti jauh berbeza, semangat juang tinggi yang menjadi taruhan tidak berkunjung buat Malaysia yang terpaksa akur tewas 7-21, 10-21.

"Pemain saya terlalu menghormati Thailand, terutama dalam set pertama.

"Dalam set kedua, mereka nampak boleh bersaing tetapi Thailand ternyata terlalu handal," kata ketua jurulatih wanita negara, Mohd Fikri Mohd Nor.

Malaysia perlu mengharungi tiga lagi perlawanan dalam laluan ke separuh akhir, bermula dengan dua aksi menentang India dan Jepun, esok. 

Aksi luar biasa skuad lelaki sebelum ini yang merampas emas antara regu bakal menjadi sumber inspirasi buat skuad wanita untuk mencipta kebangkitan.

"Saya harap anak buah saya mengambil semangat pasukan lelaki.

"Kami perlu menang dalam ketiga-tiga baki perlawanan untuk di kedudukan selesa layak ke separuh akhir.

"Saya harap pemain dapat fokus semula dan memberi tumpuan kepada satu persatu perlawanan," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video