Skuad sepak takraw wanita negara mempunyai misi wajib menang dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan menentang Vietnam bagi menjamin slot ke peringkat separuh akhir acara kuadran empat sepasukan Sukan Asia 2018.
Vietnam dan Thailand kini mempunyai kelebihan perlawanan berbanding Malaysia yang sudah melengkapkan kesemua tiga perlawanan dalam Kumpulan B.
Sebelum ini, Malaysia sudah pun tewas kepada Thailand dan melakar dua kemenangan ke atas India dan Jepun.
Justeru, hanya kemenangan akan menjamin slot automatik ke separuh akhir tanpa perlu bergantung harap kepada keputusan membabitkan Thailand ataupun perlawanan terakhir Vietnam yang akan menentang Jepun nanti.
"Kalah atau menang, ia bergantung kepada Vietnam atau Jepun. Jika Vietnam tewas, bermakna kiraan mata dilakukan tetapi jika mereka mengatasi Jepun dan kami tewas, harapan ke separuh akhir lebur," kata jurulatih negara, Fikri Mohd Nor.
Sebelum ini, Malaysia sudah pun tewas 0-3 kepada Vietnam dalam acara regu berpasukan dan jika skuad negara layak, sekurang-kurangnya pingat gangsa sudah berada dalam genggaman.
"Saya dan rakan sepasukan akan melakukan yang terbaik dan ingin mencipta kemenangan. Kalau kalah, tiada lagi peluang ke separuh akhir," tambah pemain negara, Nur Izzatul Hikmah.