Skip to main content

Sukan Asia

Takraw: Skuad kuadran hampiri separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuadran.jpg
Skuad sepak takraw wanita negara hanya selangkah sahaja lagi untuk mara ke pusingan separuh akhir acara kuadran selepas berjaya menumbangkan Jepun 2-0 dalam aksi ketiga peringkat kumpulan saingan Sukan Asia 2018, petang ini.

Malaysia amat memerlukan kemenangan bagi mengejar slot separuh akhir yang kini turut direbut Vietnam dan Thailand dalam Kumpulan B.

Moral anak buah Mohd Fikri Mohd Nor kembali meningkat selepas berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas India pada sebelah pagi.

Fikri membariskan pemain yang sama terdiri daripada Nur Izzatul Hikmah Md Zulkifli, Nor Farhana Ismail, Rahilah Harun dan Emilia Eva Natasha Saudia.

Set pertama Malaysia bermula agak goyah biarpun ketinggalan pada awal perlawanan, namun berjaya memperbaiki kesilapan untuk menang 21-18.

Aksi dalam set kedua menyaksikan Jepun yang banyak melakukan kesilapan mudah untuk Malaysia terus menjarakkan kedudukan sebelum meraih kemenangan 21-17.

Malaysia mempunyai misi wajib menang selepas ini apabila dijadualkan bertemu Vietnam esok.

"Walaupun Jepun mendahului saingan set pertama, kami berjaya mengatasi mereka dengan kemenangan ini," kata Fikri.

"Kami tidak meletakkan tekanan dalam perlawanan ini kerana bertemu Vietnam esok adalah ujian sebenar kami," kata Izzatul.

Advertisement

Must Watch Video