Skip to main content

Sukan Asia

Takraw: Skuad antara regu harungi aksi tanpa gangguan

takraw-sukan-asia.jpg
MALAYSIA 2 NEPAL 0 

Skuad sepak takraw lelaki negara bersyukur aksi sulung mereka dalam saingan antara regu berjalan aman dalam laluan mereka membuka kempen Kumpulan B Sukan Asia Jakarta-Palembang dengan kemenangan 2-0 ke atas Nepal, hari ini. 


Ini susulan penyenaraian Malaysia dalam acara ini mencetuskan protes keras daripada wakil lain, secara tidak langsung meningkatkan kegusaran bahawa Malaysia akan berdepan gangguan  setiap kali beraksi. 

Mujur, Malaysia berupaya menumpukan sepenuh perhatian untuk mudah membenam Nepal dalam aksi straight set 21-1, 21-2 yang berlangsung kurang daripada 30 minit.

Bagi pemain negara, Farhan Adam, yang memainkan pernaan sebagai tonggak dalam pertemuan ini, dia berasakan ini aksi langkah kanan yang diperlukan Malaysia sambil menegaskan perlu sedar dengan segala taktik pasukan tuan rumah.

"Kami bermain baik hari ini. 

"Kami akan cuba meningkatkan permainan pada masa akan datang.

"Aksi pada hari ini tiada tekanan langsung, lagipun kami dah mengatasi soal provokasi ketika dalam acara beregu berpasukan," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video