Pemain sepak takraw negara, Zulkifli Abd Razak, menyifatkan pentas Sukan Asia Jakarta-Palembang sebagai platform terbaik untuk mengembalikan reputasinya sebagai antara tekong terbaik negara setelah banyak terpalit dengan kontroversi disiplin.
Zulkifli tidak pernah mewakili negara dalam Sukan Asia mahupun Sukan SEA sekalipun khidmatnya sebelum ini kerap ditagih dalam Kejohanan Siri Super ISTAF dan Piala Raja Thai.
Sebelum ini, dia pernah terpalit dengan beberapa isu disiplin sehingga digantung oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) pada penghujung 2013.
Namanya kembali dipanggil menyarung jersi Malaysia pada Disember 2017 dengan penampilan semulanya adalah dalam Piala Raja Thai.
Aksi konsistennya kini menjadi antara kunci kemenangan skuad Malaysia, ditambah dengan kemerosotan tekong utama, Syahir Rosdi, yang masih belum pulih daripada kecederaan pinggul.
"Dulu perejam tetapi era sekarang (sentuhan) tekong banyak digunakan untuk mencari mata.
"Syahir masih lagi tekong utama dan saya sebagai sandaran sokongan.
"Kalau diberi peluang, saya akan bermain habis-habisan," katanya.
Kecemerlangan prestasi Zulkifli turut memikat hati jurulatih, Abdul Talib Ahmad, yang tidak teragak-agak untuk menyenaraikan anak jati Terengganu itu dalam perlawanan penting selepas ini.
Malaysia sudah mengesahkan slot ke separuh akhir dan hanya perlu berhadapan dengan China dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan sebelum berentap dalam separuh akhir pada sebelah petang esok.
"Syahir dan Zulkifli masing-masing ada kelebihan sendiri.
"Yang penting untuk kejayaan selepas ini, kerjasama di antara mereka amat penting," kata Abdul Talib.