Chef-de-mission (CDM) Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, menganggap rundingan berkaitan isu sepak takraw gagal dan hanya proses lanjutan panel timbang tara sebagai jalan akhir menentukan nasib skuad regu negara.
Sehingga ke jam 6 petang waktu Indonesia hari ini, pihak Majlis Olimpik Asia (OCA) mahupun Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia (INASGOC) masih tiada jawapan pasti.
Hal ini akan dilanjutkan ke proses timbang tara yang merupakan proses terakhir untuk menentukan nasib regu sepak takraw negara.
Tegas Azim, pihaknya masih belum berputus asa dan yakin ada jawapan yang mungkin memihak kepada skuad negara.
"Kami akan melakukan rayuan secepat mungkin dan berharap ia akan diputuskan dalam kadar segera kerana permainan bakal bermula tidak lama lagi," katanya.
Situasi ini memberi kesulitan kepada skuad negara yang dijadualkan berlepas ke Palembang esok.
Azim tiba di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta tepat jam 3.30 petang waktu Indonesia hari ini bagi menjalankan tugasan selaku ketua kontinjen negara.