Skip to main content

Sukan Asia

Takraw: Malaysia mara ke separuh akhir

abdul-talib-takraw.jpg
Malaysia kembali menyusun strategi mantap untuk menumbangkan Korea Selatan dalam aksi sepak takraw regu berpasukan untuk meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Sukan Asia Indonesia, hari ini.

Ketua jurulatih, Abdul Talib Ahmad, membuat perubahan taktikal ketika menentang Korea Selatan, dengan regu pertama digalas oleh tekong, Hairul Hazizi, serta Aidil Aiman Azwawi (apit kiri) dan Afifudin Razali (perejam).

Mereka menyumbang mata pertama Malaysia selepas dipaksa berentap selama satu setengah jam sebelum menang 21-6, 18-21, 21-17.

Malaysia semakin mendapat keyakinan apabila regu kedua menerusi Syahir Rosdi, Azlan Alias dan Farhan Adam menghadiahkan mata kedua dengan kemenangan 21-13, 21-11.

Syazreenqamar Salehan, Zulkifli Abdul Razak dan perejam muda, Noraizat Mohd Nordin, menghadirkan kebimbangan, namun pertukaran pada hujung set pertama dengan memasukkan perejam, Hafizie Abd Razak, membuahkan hasil apabila menang 24-22, 21-16

"Saya berpuas hati dengan kesemua rakan sepasukan," kata Hafizie.

Jurulatih negara, Abdul Talib, pula menyimpulkan: "Ada perkembangan positif daripada segi mental pemain, ia hasil daripada kem bina semangat di Jugra, Selangor. 

"Walaupun ketinggalan, barisan pemain masih dapat mengejar kedudukan untuk menang." 
 

Advertisement

Must Watch Video