Skuad sepak takraw negara terpaksa mengetepikan sambutan Hari Raya Aidiladha dalam misi untuk merampas emas daripada juara bertahan, Thailand, apabila kedua-dua pasukan berentap dalam aksi final acara regu berpasukan Sukan Asia, hari ini.
Malaysia berjaya menempah slot ke perlawanan akhir setelah mengaibkan tuan rumah, Indonesia, dengan kemenangan 2-0 dalam separuh akhir, semalam.
Menghayati pengajaran yang dibawakan Hari Raya Aidiladha, mereka juga berkorban dengan terpaksa berjauhan daripada keluarga di tanah air apabila menggalas tugas demi negara untuk berentap dengan Thailand dalam misi menamatkan kemarau 28 tahun emas di pentas Sukan Asia.
"Bagi saya, ini adalah pengalaman baru -- beraya di luar negara dalam masa saya berusaha mengharumkan nama negara," kata tekong negara, Syahir Rosdi.
"Tidak dinafikan agak sedih berjauhan dengan keluarga tetapi ini adalah pengorbanan yang perlu kami lalui. Kami berharap rakyat Malaysia mendoakan kejayaan kami," kata tekong negara, Zulkifli Abd Razak.
Malaysia sebelum ini sudah pun bertemu Thailand di peringkat kumpulan, namun tewas dengan keputusan 0-3.