Skip to main content

Sukan Asia

Takraw: Harungi dugaan sebelum tamat penantian

takraw.jpg
Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail, berbangga dengan pencapaian skuad takraw negara menamatkan kemarau 24 tahun emas bagi acara regu dalam saingan Sukan Asia 2018.

Kejayaan barisan atletnya dalam temasya Jakarta-Palembang 2018 membuktikan pelbagai ranjau dugaan yang dihadapi sebelum temasya bermula memberikan semangat luar biasa dalam usaha menamatkan kemarau emas dalam acara regu.

Bagaimanapun, Ahmad menegaskan tiada ganjaran besar berbentuk wang ringgit menanti anak buahnya di atas kejayaan tersebut.

Ia bukan bermaksud PSM tidak menghargani usaha mereka tetapi enggan atlet terlalu dibuai dengan hadiah seumpama itu.

"Sebelum ini, kami memberikan wang hadiah di atas pencapaian mereka. Kami cuba mengelak daripada mengajar mereka dengan duit," katanya.

"Kami akan mengajar mereka dengan kesyukuran dan melakukan amal kepada anak-anak yatim. Kerana zaman ini, apabila seseorang atlet menerima habuan yang lumayan, ia secara tidak langsung akan menjejaskan prestasi." 

Advertisement

Must Watch Video