Skip to main content

Sukan Asia

Takraw: Hafizie tak terkilan tidak beraksi dalam final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hafizie.jpg
Pemain sepak takraw negara, Hafizie Abd Razak, tidak terkilan meskipun tidak diturunkan dalam aksi final antara regu menentang tuan rumah Indonesia, Selasa lalu, kerana kejayaan pasukan adalah lebih bermakna daripada kepuasan diri.

Hafizie hanya sempat beraksi dalam satu perlawanan bagi acara antara regu -- berdepan Nepal dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan bergandingan dengan Farhan Adam dan Zulkifli Abd Razak.

Namun, untuk baki perlawanan seterusnya, jurulatih negara, Abd Talib Ahmad, lebih gemar untuk menggunakan khidmat perejam, Azlan Alias yang mempunyai kelebihan menggunakan rejaman gaya lipat Maniam berbanding Hafizie yang mempunyai rejaman gaya gulung.

Baginya, siapa sahaja yang diturunkan adalah tidak penting, namun yang utama adalah pasukan negara berjaya melakar sejarah bermakna menggenggam emas Sukan Asia sejak temasya 1994 di Hiroshima dan menaikkan kembali martabat sepak takraw Malaysia.

"Saya tidak terkilan kerana bersyukur kerana dapat bersama pasukan untuk melakar kemenangan ini," katanya.

Mengulas kembali aksi final menentang Indonesia, dia berkongsi debaran berada di bangku simpanan bersama Syahir Rosdi. Tatkala Malaysia di ambang kekalahan dalam set kedua dengan ketinggalan 19-11, dia bagaikan tidak percaya trio negara ketika itu, Zulkifli, Farhan dan Azlan berjaya menukar situasi yang kemudian berpihak kepada mereka. 

"Pingat emas ini amat bermakna kepada saya. Walaupun tiada Thailand, orang akan terus mempertikaikannya. Tetapi persaingan sepak takraw di antara pasukan lain sekalipun semakin sengit dan saya berbangga dengan kemenangan ini."

Advertisement

Must Watch Video