Skip to main content

Sukan Asia

Takraw: Acara regu masih gagal didaftar

tcdm.jpg
Acara regu sepak takraw negara masih gagal didaftarkan untuk Sukan Asia Indonesia 2018 ketika proses pendaftaran semua 45 negara bertanding akan tamat pada Rabu ini.

Menurut Timbalan Chef-de-Mission negara ke Sukan Asia, P Vellapandian, pegawai sekretariat Malaysia sedang berikhtiar sedaya-upaya bagi memastikan semua pendaftaran atlet Malaysia, terutama acara regu sepak takraw, dapat diselesaikan dalam tempoh dua hari ini.

"Pasukan regu adalah sasaran kami. Kami melakukan yang terbaik bagi memastikan kita menyertai pertandingan itu. 

"Pegawai-pegawai kami sedang berusaha keras ke arah itu dan keputusan adalah di pihak penganjur. Mereka semua sedar dengan situasi itu, mereka tahu Malaysia masih lagi belum selesai dalam hal ini," katanya hari ini.

Ketika diminta mengulas lanjut adakah Malaysia menerima aduan negara lain berhubung perkara itu memandangkan undian acara tersebut sudah dilakukan, Vellapandian berkata: "Saya menyertai mesyuarat CDM semalam buat pertama kali, isu yang dibangkitkan tiada kaitan dengan pendaftaran dan sebagainya. 

"Semuanya tentang isu keselamatan, kebersihan, makan dan minum. Saya ramalkan isu pendaftaran dalam Sukan Asia ini bukanlah satu masalah yang besar," katanya.

Advertisement

Must Watch Video