Ketua jurulatih sepak takraw negara, Abdul Talib Ahmad, menegaskan pendekatan kekal menurunkan barisan simpanan bukan tanda memandang rendah Nepal.
Skuad antara regu negara membuka kempen Sukan Asia Jakarta-Palembang dengan kemenangan 2-0 ke atas Nepal hari ini.
Abdul Talib menurunkan Zulkifli Abdul Razak sebagai tekong sambil diapit perejam, Norhaffizi Abdul Razak, dan Farhan Adam.
Mereka tiada masalah untuk memastikan Malaysia memenangi set pertama dengan kelebihan 20 mata.
Hanya pada penghujung aksi, tekong utama, Syahir Rosdi, dibawa masuk bagi memastikan kemenangan mutlak.
Jurulatih itu, bagaimanapun, memberi jaminan kekuatan Malaysia yang sebenar akan dipamerkan ketika pertemuan menentang India dan Korea Selatan, esok.
"Kami sudah dapat menduga aksi berdepan Nepal.
"Justeru, saya menurunkan Zulkifli terlebih dahulu sebelum memasukkan Syahir bagi mendapatkan momentum permainan.
"Ini kerana aksi berdepan India dan Korea Selatan amat penting," kata Abdul Talib.