Walaupun Negeri Sembilan tewas 1-4 kepada Malaysian University dalam aksi separuh akhir pertama Piala Vivian May Soars di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi, Anith Humairah Baharudin, anak kelahiran Parit Buntar, Perak meluahkan rasa gembira kerana menyumbangkan satu gol penting sebagai bekalan bagi aksi separuh akhir kedua nanti.
"Saya penyumbang satu gol kepada pasukan Negeri Sembilan, saya berasa bangga malah kami tidak akan berputus asa sebab ada lagi satu perlawanan separuh akhir kedua di Seremban.
"Kami akan membuktikan semula di sana untuk menebus semula kekalahan di Bukit Jalil dan kami akan bangkit di Seremban 2.
"Gagal dalam suku pertama, malah kami usaha bangkit dalam suku kedua tetapi kalah tetap kalah, jadi kami akan bangkit di Seremban 2 juga," katanya.
Anith juga meluahkan rasa teruja kerana berjaya memperbaiki pencapaian tahun lalu, di mana tiada sebarang gol berjaya dihasilkan, namun berbeza bagi edisi kali ini kerana enam gol berjaya dicatatkannya secara peribadi dalam aksi Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024.
“Tahun lepas tiada gol, tahun ini banyak gol," katanya lagi.