Riak kecewa gagal dibendung atlet taekwondo negara, Chew Wei Yan, apabila gagal menghadirkan sebarang pingat bagi acara poomsae individu selepas tewas di tangan peserta Korea Selatan dalam saingan suku akhir Sukan Asia, hari ini.
Hasrat untuk menyerlah dalam penampilan kali terakhir Sukan Asia tidak berlaku buat Wei Yan.
Dia gagal mara ke separuh akhir, sekali gus menyaksikan dia terlepas peluang untuk meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa.
"Saya telah menampilkan persembahan terbaik tetapi gagal ke separuh akhir. Saya amat menghargai pengalaman ini," kata Wei Yan.
Dalam pusingan pertama, Wei Yan cemerlang memastikan kemenangan ke atas peserta Hong Kong, Choy Cheuk Yin.
Namun, tiada kesinambungan berlaku dalam aksi suku akhir apabila Wei Yan sekadar meraih 8.200 mata berbanding Kang Min-sung yang meraih 8.350 mata.
"Terdapat beberapa kesilapan dalam poomsae pertama dan saya gagal memberikan saingan kepada wakil Korea itu," jelasnya.