Skip to main content

Sukan Lain

Taekwondo Terbuka Asia: Sara sasar emas

sarayap.jpg
Atlet taekwondo poomsae negara, Sara Yap Khim Wen, tidak rela terlepas emas Kejohanan Taekwondo Terbuka Asia di Vietnam selepas cemerlang dalam Kejohanan Kesatuan Taekwondo Asia.

Kejayaannya meraih pingat emas dalam kategori berpasangan campuran bersama gandingannya, Yong Jin Kun, dalam Kejohanan Kesatuan Taekwondo Asia di Filipina, Mei lalu, menyaksikan Sara mahu terus bekerja keras bagi merebut pingat di Vietnam yang akan berlangsung 15 Ogos ini.

Dia mengakui mahu memberi lebih tumpuan dalam acara berpasangan campuran meskipun turut beraksi dalam kategori individu.

"Terdapat acara berpasukan dan berpasangan. Tetapi terdapat beberapa kejohanan yang membenarkan penyertaan dua acara bagi setiap atlet dan saya berkemungkinan besar tidak beraksi dalam acara individu," katanya.

Sementara itu, pemenang pingat emas acara individu Sukan SEA Kuala Lumpur dua tahun lalu itu berpandangan Filipina sebagai cabaran hebat dalam misi menghadiahkan pingat buat negara dalam Sukan SEA nanti.

"Sebelum ini, kami pernah meraih emas dalam acara berpasangan campuran, jadi kami memberikan keutamaan kepada acara tersebut."

Advertisement

Must Watch Video