Anak bekas peninju negara, Ahmad Noor Iman Hakim Rakib, adalah antara dua wakil Malaysia yang terpilih untuk menyertai Kejohanan Taekwondo Dunia di Manchester, England, bermula Rabu depan yang turut menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Malaysia hanya menghantar dua atlet kyorugi untuk menyertai Kejohanan Dunia 2019.
Iman mencuri tumpuan selepas merangkul pingat emas dalam Kejohanan Asia Tenggara di Manila, Filipina, minggu lalu selain reputasinya sebagai anak bekas pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 1998, Rakib Ahmad.
"Harapan yang digalas saya agak berat juga dan saya cuba berbuat sesuatu dalam Kejohanan Dunia.
"Kejohanan ini amat penting dan ia menawarkan mata berbeza dalam setiap pusingan untuk kami merebut mata kelayakan Sukan Olimpik.
"Saya bangga kerana bapa saya seorang peninju yang pernah menabur jasa untuk negara dan saya mahu menjadi lebih baik daripadanya," katanya yang mengasah bakat di Terengganu sebelum berpindah ke Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.