Skip to main content

Hoki

Syukur sebab berjaya sekat tambahan gol MU

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

whatsapp-image-2024-03-06-at-12-17-11.jpeg
Penjaga gol wanita kebangsaan merangkap penjaga gol pasukan Negeri Sembilan, Nur Hazlinda binti Zainal Abidin luah rasa syukur kerana berjaya menyekat kemaraan pasukan Malaysian University (MU) untuk terus menambah lagi jumlah gol mereka dalam aksi separuh akhir pertama Piala Vivian May Soars di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di mana Negeri Sembilan tewas 1-4 pada Selasa. 

'Rasa bersyukurlah sebab tidak menambahkan lagi gol pihak lawan. Gembira juga sebab dapat kekalkan prestasi bersama-sama pasukan sebab selepas dua minggu tidak bermain bersama pasukan tetapi tetap berjaya kekalkan momentum yang telah dibina sebelum ini.

Dengan berbaki 40 minit perlawanan menuju ke wisel penamat, Nur Hazlinda atau lebih dkenali sebagai Linda Zainal berjaya melunaskan tanggungjawabnya setelah diberi ruang dan peluang oleh barisan kejurulatihan untuk menjadi benteng terakhir pasukan sebagai penaja gol gantian setelah Negeri Sembilan ketinggalan 0-4 pada satu ketika. 

'Syukur alhamdulillah walaupun beberapa perlawanan saya terlepas namun ketika diberi ruang dan peluang oleh barisan kejurulatihan dengan perlawanan berbaki 40 minit untuk saya tampilkan kualiti permainan tersendiri ketika menentang Malaysian University (MU).

Linda turut berkongsi bahawa perbezaan ketara yang ditampilkan olehnya terutamanya dari kualiti persembahannya sebagai penjaga gol pasukan bagi edisi kali ini.

'Perbezaanya adalah dari segi mentaliti sebab edisi lepas saya banyak merendahkan diri sendiri dan lebih kepada menyendiri kerana kurang mendapat minit perlawanan namun untuk edisi kali ini pula saya lebih ke arah positif dan berlapang dada kerana terdapat beberapa perlawanan yang saya tidak dapat sertai kerana mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pelajar universiti dan tidak bersama pasukan selama dua minggu.

Linda yang pernah mewakili Malaysia bagi Kelayakan Olimpik 2024 di Valencia, Sepanyol baru-baru ini turut meluahkan bahawa pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa banyak membantu beliau pamer aksi terbaik bagi edisi kali ini.

'Berdasarkan pengalaman mewakili Malaysia ianya sangat membantu untuk tingkatkan prestatsi untuk mengawal tekanan sedia ada sebab perlawanan antarabangsa punya intensiti tinggi, jadi bila balik ke Malaysia untuk main liga saya dapat menyesuaikan diri saya walaupun saya tidak dapat bermain beberapa perlawananan tetapi disebabkan pengalaman yang sedia ada sangat-sangat membantu saya untuk mengawal tekanan.

'Secara jujurnya sasaran peribadi saya untuk tahun ini adalah untuk mengekalkan prestasi terbaik saya agar masih kekal bersama pasukan kebangsaan,' ujarnya lagi. 

Negeri Sembilan masih berpeluang untuk mara ke peringakt akhir namun perlu menang dengan jumlah gol yang besar bagi aksi timbal balik di Seremban 2 pada Khamis. Nampak mustahil namun apa-apapun boleh berlaku bagi mereka kekal sebagai juara bertahan.

Advertisement

Must Watch Video