Duo pemain kebangsaan yang kembali bergandingan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menepati ramalan ke pusingan 16 atas kemenangan menundukkan lawan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, meskipun bertempur sehingga set penentuan dalam masa hampir 51 minit.
Jalur perjalanan wakil negara sedikit cemas apabila juara bertahan itu menyamakan kedudukan pada set kedua untuk mengheret permainan ke perlawanan penentuan.
Beregu lelaki ranking keempat dunia itu akhirnya mencatat kemenangan 21-19, 14-21, 21-11 menyingkirkan lawan seawal pusingan pertama.
VICTOR Denmark Open 2026 MD - R32 🇲🇾Aaron CHIA🏅 21 14 21 🇲🇾SOH Wooi Yik🏅 🇯🇵Takuro HOKI 19 21 11 🇯🇵Yugo KOBAYASHI 🕚 in 51 minutes
— BWFScore (@BWFScore) October 13, 2026
Mereka menanti sama ada pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Lee Jongmin, atau rakan senegara iaitu juara Terbuka Artik di Finland, Aaron Tai-Yap Roy King, bagi merebut tiket ke suku akhir, esok.