SUKAN LAIN
Syed Zainal Abidin mahu bantu perkembang sukan boling padang di rantau Asia Tenggara
Syed Zainal Abidin Syed Zin menganggap pelantikannya sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Boling Padang Asia sebagai satu penghargaan bukan sahaja untuk dirinya malah juga untuk Malaysia.
Dia yang juga merupakan setiausaha agung Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) percaya pelantikan tersebut sedikit sebanyak berikan kelebihan untuk negara terutamanya dalam pembangunan sukan itu sendiri.
Beliau yang dilantik berkuatkuasa 12 Jun lalu turut mempunyai misi untuk membantu negara-negara ASEAN seperti Kemboja, Timor Leste, Laos, dan Indonesia membentuk Persekutuan Boling Padang di negara masing-masing.
Iklan
Untuk rekod, selain Syed Zainal Abidin, Malaysia turut diwakili Datuk Awalan Abdul Aziz yang memikul jawatan selaku Presiden Persekutuan Boling Padang Asia.
"Ia adalah satu penghormatan buat saya memegang jawatan ini. Dengan kesempatan ini, saya mahu berbincang dengan negara rantau Asia Tenggara bagi mengetengahkan sukan ini sekaligus meningkatkan lagi kualiti sukan ini di rantau ini," katanya.
Must-Watch Video