Harimau Malaya bawah 19 tahun (B-19) akan meneruskan kempen Kelayakan Piala Asia B-20 2027 dengan kali ini bertemu Asutralia bagi perlawanan kedua Kumpulan H yang akan berlangsung di Stadium Nasional Lao KM16, Vientiane, Laos Khamis ini.
Terdahulu, anak buah Shukor Adan mengikat Indonesia 0-0 menyaksikan skuad kebangsaan berkongsi satu mata pada Isnin lalu.
Juara kumpulan (lapan pasukan) bersama tujuh pasukan tempat kedua terbaik kumpulan dan tuan rumah, China akan layak ke Piala Asia B-20 2027 yang akan berlangsung pada Mac 2027.
KELAYAKAN PIALA ASIA B-20 2027: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) MALAYSIA VS AUSTRALIA
Tarikh: 3 September 2026 (Khamis)
Saluran: TVS (122)
Masa: Bermula 4.30 petang
Venue: Stadium Nasional Lao KM16
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!