Kekalahan Negeri Sembilan dalam perlawanan minggu kedua Liga Super pada Ahad lalu dicemari dengan insiden panas membabitkan peminat selepas wisel penamat dibunyikan di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Kelihatan sebuah kumpulan penyokong skuad Jang melakukan provokasi terhadap penyokong tuan rumah dan melakukan vandalisme mencabut dan membaling tempat duduk ke arah padang dan tempat bertentangan.
Selepas mendapat tiga mata percuma, Hobin Jang Hobin yang berkunjung ke Melaka tewas 1-2 susulan terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila ketua pasukan, Khuzaimi Piee dilayangkan kad merah.