Hasrat kontinjen Malaysia mencapai sasaran tujuh pingat emas dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang semakin berliku susulan terlepas menjuarai acara pencak silat kategori Putra E melalui Al-Jufferi Jamari.
Al-Jufferi mendakwa menjadi mangsa pengadilan berat sebelah sehingga mendorongnya menarik diri ketika lawan yang merupakan peserta tuan rumah, Komang Harik Adi Putra, mendahului 4-1, hari ini.
Kemudian, seorang lagi wakil negara, Faizul Nasir, terpaksa berpuas hati dengan perak dalam saingan kategori B melalui keputusan seimbang diberikan juri berbanding situasi dialami Al-Jufferi.
Begitupun, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, berpandangan Malaysia masih di landasan betul untuk mencapai sasaran tujuh emas, malah menyemarakkan semangat atlet negara dengan berkata, "Saya paling pantang sekali apabila ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak menghormati atau menghargai jasa para atlet hanya kerana mereka mungkin tidak mencapai pingat emas atau sasaran.
"Mengutuk mereka adalah tindakan yang salah.
"Jangan salahkan mereka, salahkan saya dan pasukan saya," ujarnya.
Silat olahraga masih berpeluang memburu emas daripada tiga yang disasarkan dengan dua peserta negara, iaitu Mohd Khaizul Yaacob (Putra J) dan Fauzi Khalid (Putra F), akan berentap dalam final pada Rabu ini.